SMK Sacred Heart
Kelab Senamrobik 



Kelab Senamrobik ditubuhkan untuk pelajar tingkatan enam bawah pada 21 Mei 2012.  Perjumpaan ahli akan diadakan pada hari Rabu seperti dalam jadual perancangan aktiviti.  Kelab ini akan sentiasa mengadakan latihan senamrobik untuk ahli dan mengadakan pertandingan senamrobik untuk memupuk semangat bersukan antara pelajar. Aktiviti senamrobik bertujuan untuk mengurangkan tekanan pelajar tingkatan enam bawah dan meningkatkan kecegasan fizikal dan mental pelajar.

  Latihan senamrobik akan dijalankan semasa perjumpaan kelab.  Refleksi akan dilakukan selepas setiap latihan dan pertandingan yang diadakan,  AJK akan mengutip borang soal selidik untuk mengetahui maklum balas daripada ahli dan guru dan seterusnya menambahbaiki kegiatan yang akan dilangsungkan kemudian.

 Melalui aktiviti yang dirancangkan , AJK akan mempelajari aturcara menganjurkan pertandingan dan aturcara memjemput fasilitator dari luar sekolah untuk memberi tunjukajar kepada pelajar sekolah.  Mereka juga mempelajari cara mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan akhirnya mereka mempelajari cara membuat refleksi kepada kegiatan yang dilakukan dan berupaya menambahbaiki kegiatan yang akan dilaksanakan oleh mereka pada masa depan.  Ini merupakan kemahiran merancang yang tidak terdapat kurikulum bilik darjah.

 SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

Kelab Senamrobik hanya terbuka kepada pelajar tingkatan enam dan jumlah ahli dihadkan kepada 20 orang untuk tahun 2012.   Kelab ini akan diperluaskan kepada pelajar tingaktan peperiksaan sekirannya mendapat sambutan yang baik dan terdapat bilangan guru penasihat yang cukup.


Like what you see? Build your own website with Voog and enjoy a 30-day free trial.
Start trial