SMK Sacred Heart
Kelab Senamrobik 

PERLEMBAGAAN Kelab Senamrobik/Rekreasi

1.        NAMA DAN ALAMAT

Kelab ini akan dinamakan Kelab Senamrobik SMK Sacred Heart, Sibu. Alamat kelab ini adalah KM 3, SMK Sacred Heart, Jalan Oya, Sibu. Poskod: 96000.

 

2.        MATLAMAT

3.1 Memupukkan minat dalam aktiviti sukan yang sihat.

3.2 Melibatkan lebih ramai pelajar dalam kegiatan sukan.

 

3.        OBJEKTIF

4.1 Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang sihat

4.2 Menarikkan 20 orang ahli setiap tahun. 

 

4.        KEAHLIAN

5.1           Dibuka kepada semua murid tingkatan enam sekolah sahaja.

5.2           Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

 

5.        GURU PENASIHAT

6.1           Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

6.2           Guru Penasihat hendaklah memebri nasihat dan mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

6.3           Guru Penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

6.4           Guru penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

 

6.        AHLI JAWATANKUASA

7.1           Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

7.2           Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai AJK

7.3           Pemilihan AJK secra undian.

7.4           AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

7.5           AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada Guru Penasihat.

7.6           Ahli AJK Persatuan hendaklah terdiri 

 

                Pengerusi

                Timbalan Pengerusi

               Setiausaha 1/ 2

                Bendahari 1

                AJK Kelas / bergantung kepada keperluan

                Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

 

7.        KEWANGAN

8.1           Sumber utama kewangan adalah melalui yuran yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung iaitu RM 1.

8.2           Persatuan boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.

8.3           Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma / yuran khas bagi membiayai ahli-ahli tersebut.

8.        KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1           Ahli-ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.

9.2           Kegagalan berbuat demikian sebanyak …3.. kali boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian persatuan / kelab.

9.        AKTIVITI

10.1         Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agung atau mesyuarat AJK

10.2         Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.

 

10.     PERATURAN-PERATURAN

11.1         Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.

11.2         Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3         Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

 

11.     TIDAKAN DISIPLIN

12.1         Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaam persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

 

12.2         Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut ;

                12.2.1     Amaran lisan

                12.2.2     Amaran bertulis

12.2.3     Gantung keahlian

12.2.4     Pecat keahlian

            12.3     Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.

12.4     Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

 

12.     PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1     Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda

13.2     Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3     Satu mesyuarat khas yang dihadiri Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4     Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan kelab/persatuan  dan disahkan oleh Pengetua.

 

13.     PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1         Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2         Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

 

14.     HAL-HAL LAIN

15.1         Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2         Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

 

                      ________   ________  ____________

Tandatangan Setiausaha, Pengerusi, Guru Penasihat

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan / Kelab Sekolah

 

___________               Cop Sekolah :                                        Tarikh :_____________

Pengetua          


Like what you see? Build your own website with Voog and enjoy a 30-day free trial.
Start trial